anda akan kelihatan lebih anggun dengan perhiasan mutiara sabah

ORDER ON LINE NOW......

DAPATKAN SEKARANG...!!!

Mutiara Sabah Asli dan Kristal Swarovski....

Pelbagai Aksesori Mutiara Asli Air Tawar,Mutiara Air Masin dan Kristal Swarovski dari Sabah Borneo.Pelbagai pilihan bentuk dan warna mengikut citarasa.




Jualan aksessori wanita dan lelaki dalam bentuk rantai,gelang,subang,cincin,brooch,loket,jam kristal dan butang baju melayu di sediakan untuk pilihan anda disini...

About

MUTIARA.

Lazimnya mutiara asli terdiri daripada mutiara air tawar (Freshwater pearl) dan mutiara air masin (Saltwater Pearl). Walaupun tidak terdapat perbezaan yang ketara di antara keduanya, namun pasaran memperlihatkan mutiara air masin mempunyai kredibiliti nilainya tersendiri.

Nilai atau harga bagi sebiji mutiara biji air masin boleh mencecah hampir atau melebihi ratusan ringgit. Begitu juga rantai mutiara pada 18 inci pun boleh mencecah ribuan ringgit. Ia jauh berbeza dengan mutiara air tawar walaupun tiada perbezaan yang ketara di antara keduanya.

Faktor ini sebenarnya dipengaruhi oleh permintaan dan penawaran. Mutiara air masin payah diperolehi sedangkan sedangkan mutiara air tawar amat banyak dihasilkan menyebabkan ia banyak terdapat di pasaran. Ini yang menyebabkan mutiara air masin ini tinggi nilainya berbanding air tawar.

Namun begitu, terdapat juga mutiara buatan. Dan salah satu mutiara buatan yang mempunyai permintaan tinggi adalah Mutiara Swarovski. Mutiara Swarovski dikeluarkan Syarikat Swarovski di mana ianya dihasilkan melalui penyalutan mutiara sintetik terhadap Kristal Swarovski. Pelbagai warna yang dihasilkan oleh mutiara ini adalah dipengaruhi oleh warna kristal yang terdapat di dalamnya.



Bagaimana kualiti mutiara ditentukan?

Ia adalah satu persoalan yang subjektif untuk ditentukan jawapannya. Secara umumnyai, ia tidak ditentukan secara jelas tentang standard pengukuran kualiti mutiara ini.

Secara umumnya ia ditentukan oleh saiz, bentuk dan kelicinan permukaan. Semakin besar saiz, bentuknya yang bulat sempurna dan permukaan yang licin berkilat maka semakin tinggilah kualiti sesuatu mutiara tersebut. Kebiasaannya ia lebih banyak digunapakai untuk mutiara air masin.

Bagaimanapun telah ada stantard yang digunapakai secara meluas yang telah digredkan oleh Gemological Institute of America (GIA). Pengkelasan kualiti mutiara adalah ditentukan mengikut kategori A, AA, AA+, dan AAA.

Secara umumnya pemukaan berkilat AAA, warna cerah (silver rose), bentuk yang bulat, dan saiz yang besar yang mempunyai kualiti dan harga yang tinggi.



Panduan Membeli Mutiara

1. Mutiara tidak boleh dinilai berdasarkan beratnya kerana berat mutiara boleh dicipta.
2. Pertimbangkan saiz, bentuk, warna, cahaya, ketebalan "nacre" dan kesempurnaan permukaannya.
3. Elakkan membeli mutiara yang sudah tiada "nacre".
4. Untuk mengenal pasti mutiara tulen atau tiruan, ambil dua mutiara dan geselkan kedua-duanya. Mutiara asli akan kedengaran berpasir kerana ia mempunyai lapisan kalsium. Mutiara tiruan apabila digeselkan akan berasa licin.
5. Hanya mutiara bermutu tinggi yang bertahan lama.
6. Mutiara berbentuk air mata (baraque) lebih murah daripada bentuk bulat.

Penjagaan Mutiara

Tanda-tanda kecil yang mencacatkan mutiara boleh dihilangkan dengan minyak zaitun. Perhatian!! Elakkan dari memakai mutiara semasa mandi, di dapur atau mencuci. Warna mutiara boleh berubah kerana mutiara terbentuk daripada kalsium karbonat

1. Lap dengan kain lembut sebelum menyimpannya dan jangan mencampur aduk dengan barang lain.
2. Elakkan mencuci mutiara dengan bahan pencuci atau pengilap. Ia boleh menghilangkan sinarnya.
3. Ketika masak dan mandi tanggalkan semua perhiasan mutiara.
4. Cuci secepat mungkin jika terkena semburan pewangi.
5. Gantikan talinya setiap dua tiga tahun untuk mengelak timbunan kotoran yang melekat pada tali yang akan merosakkan rupa mutiara.

__________________________
________________


KRISTAL SWAROVSKI.

Kristal swarovski adalah kristal yang di hasilkan di Austria. Ia bukanlah dihasilkan melalui alam semulajadi tetapi hasil dari buatan manusia. Nama Swarovski sendiri diambil dari Daniel Swarovski, pembuat formula kristal ini.

Kebanyakan kristal buatan hanya mempunyai di antara 12% ~ 28% timah berbanding Kristal Swarovski mempunyai 33% timah. Semakin besar kandungan timahnya semakin tinggi daya pantulan cahaya dan kilauannya. Sekali gus menambahkan berat kristalnya sendiri. Tambahan pula, Kristal Swarovski cukup terkenal dengan ketepatan dan konsistensi pada setiap produk yang dikeluarkannya, baik dari segi warna, ukuran dan potongan (cutting).



Menguji Kristal Swarovski

* Kilauan: Akan terdapat kilauan hasil pantulan cahaya dari permukaan dan dalam kristalnya sendiri. .
* Bentuk: Bila diperhatikan dari dekat, satu rekabentuk kristal yang sama akan memiliki potongan (cut) seragam dengan jumlah yang sama sekalipun berbeza ukuran.
* Warna: Salah satu keistimewaan Kristal Swarovski adalah konsistensi warna. Warna pada setiap rekabentuknya masing-masing produk adalah sama tidak terpengaruh oleh rekabentuk ataupun model produknya sendiri. Paling popular adalah Aurora Borealis (AB Coated), yang merupakan lapisan metalic di atas permukaan kristal yang memantulkan cahaya dalam spektrum pelangi. Terkini, terdapat rekabentuk yang mempunyai AB 2X, iaitu pelapisan AB sebanyak 2X. Dan yang terbaru adalah Crstal Copper di mana memiliki kilauan tembaga pada salah satu sisinya serta Crystal Gold yang memantulkan kilauan emas.
* Berat: Kristal Swarovski adalah lebih berat daripada kristal biasa kerana mengandungi timah. Semakin tinggi kandungan timah, semakin sensitif dan 'fragile' kristalnya.
* Sold by: Kristal Swarovski dijual dalam bentuk butiran dan tidak dalam bentuk untaian. Oleh itu, andaikata terdapat tawaran jualan Kristal Swarovski dalam bentuk untaian mentah maka ianya adalah keluaran palsu Kristal Swarovski..